08/07/2012

Nik Waizuri

Dia pemuda bermata bening yang ditangkap pari-pari pada waktu kecil
dipulangkan semula ke alam manusia, tetapi hati dan akalnya
masih separuh di sana.

Justeru dunia manusia ditanggapi seorang Waizuri
dengan penelitian seorang penziarah, kritikal dan terpisah
pintarnya mentafsir
bahasanya tidak terzahir
dia memahami dunia tetapi tidak merasai diri sebahagian daripadanya
dia mengerti dunia tetapi tidak mempunyai kemahuan untuk menguasainya.

Semua di sekelilingnya, mengunci jasadnya
sedangkan apa yang dia mahu adalah mengikut hatinya.

Untuk Waizuri tidak ada istilah cinta
kerana perasaan serupa itu terlalu sempurna
kesempurnaan tidak ada di dunia.



No comments:

Post a Comment