Suatu petang yang damai. Kepala, hidung dan kerongkong saya tidak berapa damai. Selesema. Satu badan sakit-sakit. Terpaksa keluar juga ke bandar kerana ada urusan penting. Bawa beg tangan dan satu beg pakaian, jenis yang boleh tarik dan ada tayar tu.
Saya duduk di kerusi kedua paling depan. Perjalanan aman saja untuk beberapa minit pertama, sehingga beberapa orang gadis berpakaian musim panas masuk ke dalam bas. Pakaian musim panas - gaun pendek fesyen berkemban yang terbuka atas dan bawah. Sungguh luas pula bahagian atas yang terbuka tu, agaknya sampai ke lumbar region tulang belakang.
Seorang lelaki kulit putih, berkepala hampir botak, dengan badan agak besar duduk di kerusi lipat paling hadapan. Matanya memandang gadis-gadis ranggi itu, dan tiba-tiba mula bercakap dengan kuat kepada salah seorang daripada mereka. Saya kurang jelas apa yang diperkatakan, tetapi agaknya dia mengatakan sesuatu yang berbaur kelucahan, kerana gadis itu menjawab dengan separuh-marah-separuh-lucu lalu tergelak-gelak.
Lelaki itu makin menjadi-jadi. Mulanya dia mengajak gadis-gadis ranggi itu tidur bersamanya. Kemudian dia mula bercakap tentang seks. Dengan suara yang lantang, berkali-kali dia menyebut tentang seks, mengatakan bahawa dia menyukai seks dan tidak ada apa-apa yang salah tentang perbuatan itu, serta bertanya orang lain sama ada mereka juga menyukai perbuatan itu seperti dia.
"Do you want to sleep with me?"
"I like sex. Sex is good. Do you like sex?"
Setiap kali lelaki itu bersuara lantang, gadis-gadis seksi dan ranggi di hadapannya akan tergelak-gelak, terkekeh-kekeh dengan amat gedik, seolah-olah dia sedang membuat jenaka paling lucu dalam dunia. They were giggling and giggling at every mention of sex by the deranged guy.
Saya yakin dia tidak waras. Frontal lobe syndrome barangkali. Saya buat-buat tidak nampak - tidak peduli - apatah lagi apabila lelaki itu mula menampakkan minat untuk mengacau saya, menujukan soalan-soalan lucahnya ke arah saya. Rasa berdebar mula datang.
Gadis-gadis seksi terus tergelak-gelak, tambah menggalakkan lagi sang lelaki berotak mereng untuk beraksi. Dia bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah penumpang lain di dalam bas. Saya berdoa janganlah dia melanggar atau mencuit atau meng-apa-apa saya. Dia lalu di sebelah saya dan duduk tidak jauh daripada kerusi saya. Kata-kata tidak senonohnya terus dilontarkan, dan tidak jemu-jemu disambut oleh hilai kekeh gadis-gadis berbaju kemban di hadapan.
Destinasi saya sudah tiba. Saya menekan loceng dan bangun. Ketika itu kedengaran kata-kata yang cukup menakutkan saya.
"She's making the first move! I'm going to follow suit."
Oh Tuhan, dia mahu buat apa-apa kepada sayakah?
Tanpa menoleh, berlagak langsung tidak hirau, saya terus berjalan ke arah tempat simpanan berhampiran pintu keluar bas dan mengangkat beg pakaian. Saya yakin, lelaki itu bangkit dan berjalan ke arah saya sambil mengucapkan kata-kata yang sudah tidak jelas di telinga saya. Badan rasa sakit-sakit dan kepala berdengung kerana selesema. Kalau saya lebih sihat, mungkin saya tidak rasa secuak ini. Perlukah meminta tolong daripada pemandu bas? Di luar sana ada poliskah?
Gadis-gadis seksi terus mengilai terkekeh, dan saya dengar lelaki itu bersuara seperti memarahi mereka.
Pintu bas terbuka. Saya cepat melihat suasana di luar - jika lelaki tidak waras itu turun mengekori saya, ke mana dan bagaimana saya mahu menyelamatkan diri?
Tawakkal, tanpa menoleh ke belakang, saya turun dari tangga bas, berjalan pantas ke arah kanan dan menyeberangi jalan. Setelah beberapa puluh meter barulah saya berani memperlahankan langkah dan memandang sekeliling.
Tidak nampak kelibat sesiapa yang mencurigakan.
Alhamdulillah.
Saya tidak menyalahkan lelaki itu. Saya yakin, dia bukanlah manusia waras. Dia bukanlah orang pertama yang saya jumpa, yang mengalami masalah sexual disinhibition. Tidak tahu malu, berkelakuan biadab, dan menunjukkan kelakuan seksual yang di luar norma sosial.
Gadis-gadis seksi, pakaian kalian, akhlak kalian, tidak bermaruahnya kalian, itulah yang merangsang lelaki yang memang sudah punya penyakit itu menjadi teruja, dan melampiaskan keterujaannya secara membabi buta.
Rangsangan seksual yang bersepah-sepah di mana-mana sahaja - baik dalam bentuk multimedia, poster filem, majalah popular di kedai buku, gelagat ahli masyarakat (terutamanya perempuan)... semuanya itu, menumbuhkan bibit-bibit penyakit dalam hati manusia, dan tambah memburukkan hati-hati yang sudah berpenyakit. 'Penyakit' di sini bukanlah semata-mata masalah psikiatri seperti lelaki malang tadi, bahkan merujuk kepada kecenderungan naluri dan fitrah manusia yang dikotori oleh nafsu serakah.
Sudahnya, penyakit yang bercambah dan berkembang biak dalam jiwa, bahananya melanda secara rambang tanpa mengenal mangsa. Mungkin kerana itulah berlaku kes-kes di tanah air, di mana anak-anak dara sunti bertudung, berbaju kurung tiba-tiba diterjah perogol, mohon dijauhkan Allah. Namun peristiwa menyedihkan ini pula diambil sebagai bukti bahawa pakaian dan akhlak perempuan tidak ada kaitan dengan jenayah seksual.
Ibarat orang yang tidak merokok, tetapi menderita penyakit paru-paru kerana menyedut asap hembusan sang perokok.
Modesty and morality are not entirely personal issues. Maruah dan akhlak bukanlah isu peribadi sepenuhnya, kerana setiap perempuan dan lelaki adalah entiti-entiti unik yang membentuk sebuah masyarakat, yang akan dipengaruhi pula oleh kerja buat setiap ahlinya.
Saya menerima konsep penguatkuasaan moral. There is no such thing as 'dosa peribadi' or personal sin yang tidak boleh dicampuri orang lain, melainkan anda tinggal di mana tiada makhluk Tuhan lain yang berkongsi ruang dengan anda, dan boleh jadi akan menanggung tempias akibat maksiat anda.
Rasanya isu ini perlu dilihat dari dua dimensi, terutamanya jika melibatkan umat islam.
ReplyDeleteBoleh jadi isu ini bermula dari lelaki. Perempuan (terutamanya yang muslim) biasanya dilengkapi dengan perasaan malu, namun pakaian malu ini tercabut apabila mendapat sokongan (samada galakan atau pujian sekiranya berpakaian @ beperlakuan yang tidak sepatutnya) daripada lelaki. Maka, perempuan dengan bebasnya akan buat apa yang mereka suka, tanpa ada rasa malu lagi.
Keduanya, boleh jadi isu ini bermula daripada perempuan. Lumrah kejadian perempuan yang mana setiap gerak gerinya, suaranya atau apa sahaja boleh menarik perhatian lelaki. jadi, jika tidak dijaga, maka kaum adam pun terkena bahana.
jadi, untuk mengurangkan (terlampau optimis jika dikatakan ingin menghapuskan), pendekatan perlu dilakukan kepada kedua2 golongan ppuan dan lelaki
jz my 2 cents